SUATU hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang
lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang
kerana sudah lama tidak hujan.
Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''
Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa
dirinya ditimpa kemiskinan.
Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''
Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar
dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''
Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang
tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.
Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu
mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat
diselesaikan melalui istighfar.
Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka.
Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang
bermaksud:
``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan
anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula
di dalamnya) untukmu sungai-sungai.''
Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman
sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal
fikiran atau rasional semata-mata.
Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai
akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita
hakikatnya hanya mencipta masalah baru.
Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang
bermaksud: ``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah
disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan
sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).''
Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian
daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran
untuk menyelesaikan masalah.
Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk
dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.
Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan
perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.
Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat
Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita
terlupa
untuk beristighfar kepada-Nya.
Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita
seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
salam... apa khabar...
ReplyDeleteKhabar baik... :)
ReplyDeleteSalam Ms. WanNo,
ReplyDeleteTazkirah tentang istighfar menarik sekali. Kalau boleh saya nak ceduk untuk emailing tazkirah di sekolah tempat saya mengajar? Saya cuba email kepada semua guru di sini every week, sekurang-kurangnya 1 hadis atau ayat untuk renungan bersama. Minggu ni mungkin saya guna WanNo punya tazkirah sebagai renungan semua? One more thing, it is good if we can zikir the istighfar 100x after subuh and 100x after asar. Best if include 100x subhanallahi-walhamdulillah-wala-ila ha illallahu-wallahuakbar for each time. For our beloved Nabi saw, 100x selawat. Pahala will be so huge! InsyaAllah sama-sama kita dapat amal.