Tazkirah : Punca Allah Turunkan Bencana


Tazkirah : Punca Allah Turunkan Bencana

ALLAH menurunkan bencana kepada umat manusia atas banyak faktor, termasuk sebagai menguji keimanan mereka atau menghukum di ataskesalahan yang dilakukan.

Firman Allah bermaksud:

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul-Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,”

(Surah al-Hadiid: 22-23)

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad SAW ada menerangkan mengapa manusia ditimpa bencana. Dalam hadis diriwayatkan at-Tirmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah bersabda bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, makalayaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1) Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan)diagih-agihkan kepada orang tertentu saja.

2) Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa).

3) Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4) Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5) Apabila anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6) Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7) Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8) Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal keduniaan dalam masjid.

9) Apabila yang menjadi pemimpin sesuatu kaum itu daripada kalangan orang yang dihina oleh mereka.

10) Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya (kezaliman).

11) Apabila arak menjadi minuman biasa.

12) Apabila lelaki memakai sutera.

13) Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14) Apabila wanita memainkan alat muzik.

15) Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu (Umat sekarang menyalahkan sahabat nabi atau ulama-ulama muktabar yang terdahulu),

maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting-beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi."

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak, kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails