Tafsir Ringkas Surah Al-Kahfi

Terdapat empat aspek dan pengajaran daripada surah Al-Kahfi yang berkaitan dengan fitnah Dajjal:

1) Ujian agama (kisah pemuda yang berlindung di dalam gua) - kita tidak boleh goyah dari paksi Islam, jika perlu hendaklah kita berhijrah apabila akidah/agama diganggu gugat. Ibaratnya Islam itu hendaklah dijunjung di atas kepala manakala dunia itu hanya di pegang tangan sahaja. Apabila pergerakkan kita terhalang atau kurang stabil, hendaklah di letakkan dunia dan di perbetulkan Islam yang di junjung itu.

2) Ujian kekayaan (kisah pekebun) - harta kekayaan itu milik Allah, kita selayaknya guna apa yang diperlukan dan selebihnya sebaiknya di gunakan ke jalan Allah. Harta dan kekayaan yang kita miliki nanti akan ditanya dari mana dan ke mana di gunakan.

3) Ujian Ilmu (kisah Nabi Musa) - kita perlu berusaha menimba ilmu dan yang penting juga kita perlu mempastikan ilmu yang di timba itu datang dari sumber-sumber yang sahih dan tidak di campur baurkan dengan yang meragukan. Ilmu Allah itu terlalu luas dan tanpa sempadan, tidak ada seorang yang mampu menguasai kesemua ilmu itu.

4) Ujian kuasa (kisah Iskandar Zulkarnain) - kuasa yang ada hendaklah kita gunakan seadil-adilnya. Kita perlu sentiasa takut, tunduk dan ingatkan Allah apabila dikurniakan kuasa. Dengan kuasa yang kita ada, setiap keputusan yang kita ambil akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails