Kisah Lelaki Miskin dan Hodoh yang Dicemburui


Kisah Lelaki Miskin dan Hodoh yang Dicemburui

Dia seorang lelaki miskin dan rupa parasnya tidak menarik. Tiada siapa pon yang memandangnya melainkan Rasullullah SAW. Namanya Julaibib RA.

Nama Julaibib mengambarkan rupanya yang kerdil dan pendek.  Nama ini bukanlah  nama yang diberi oleh orangtuanya. Julaibib lahir ke dunia tanpa mengetahui siapa ayah dan ibunya.

Suatu hari Rasullullah SAW bertemu dengan Julaibib RA yang sudah berusia dan masih belum berumah tangga.

"Wahai Rasullullah, adakah saya akan mendapat bidadari hanya di syurga, In shaa Allah? "

Rasullullah faham dengan pertanyaan Julaibib RA itu. Dia merasakan bahawa dirinya tidak akan bertemu jodoh dalam kehidupan di dunia ini. Dia hanya berharap akan bertemu jodohnya di syurga.

 Lalu Rasullullah menjawab;

"Tidak, kamu akan mendapat seorang bidadari dari dunia In shaa Allah dan juga di akhirat"

Rasulullah SAW menyuruh Julaibib pergi ke rumah seorang sahabat Anshar yang mempunyai seorang puteri yang layak untuk dijadikan isterinya.

Julaibib RA pergi ke rumah sahabat Anshar itu untuk melamar puteri tersebut namun lamarannya ditolak.

Lalu Rasullullah SAW sendiri pergi berjumpa sahabat Anshar itu untuk membuat lamaran.

Sahabat Anshar tersebut menyangka lamaran itu untuk Rasullullah SAW dan rasa sangat berbesar hati menerimanya.  Namun Rasulullah SAW menjelaskan bahawa lamaran itu bukan untuk dirinya tetapi untuk Julaibib RA.

Sahabat itu rasa berat hati apabila mendengar nama Julaibib RA. Beliau minta untuk berbincang dengan isterinya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Terlintas difikiran sahabat ini, apa kata orang ramai jika puterinya bernikah dengan Julaibib RA. Bagaimana kedudukan martabat keluarganya?

Setelah bertemu dengan isterinya, beliau terus menceritakan lamaran Rasulullah SAW. Pada mulanya isterinya sangat teruja menerima lamaran itu, namun terus menolak setelah mendengar nama Julaibib RA.

Mereka enggan menerima menantu seperti Julaibib RA yang tidak memiliki apa-apa. Demikianlah sikap sebahagian orang tua yang kadangkala lebih mengutamakan hal dunia seseorang berbanding agamanya.

Perbincangan mereka didengari oleh si puteri.

Si puteri terus bertanya kepada ibu dan ayahnya siapakah yang melamarnya. Si ibu menceritakan bahawa yang melamar puterinya itu adalah Rasulullah SAW untuk Jualaibib RA.

Si puteri menjawab dengan tegas,

“Apakah kalian menolak perintah Rasulullah SAW?
Tidakkah kalian mendengar firman Allah

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. - surah al-Ahzab ayat 36 -

Terimalah lamaran itu, kerana tidak akan menyia-nyiakanku. Ketahuilah, aku tidak akan bernikah melainkan dengan Julaibib !”

Mendengar kata-kata si puteri, maka pergilah sahabat itu bertemu Rasulullah SAW untuk menerima lamaran tersebut.

Rasullullah SAW tertunduk berdoa untuk puteri soleh itu.
“Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh berkah. Jangan kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah," demikian doa indah Rasulullah.
Wanita solehah tidak memandang rupa dan harta calon peneman hidupnya, kecuali dengan pandangan agama. Dia sangat memahami bahawa kemuliaan dan kebahagiaan hidup seseorang hanyalah dengan ketakwaan kepada Allah SWT.  
Itulah sikap seorang yang beriman kepada Rasulullah SAW. Perintah Rasulullah didahulukan daripada keinginan peribadi. Dia yakin pilihan Rasulullah SAW itu yang terbaik. Ilmu selalu membimbingnya kepada kebaikan, ketundukan kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Julaibib RA sangat gembira dengan penerimaan lamaran tersebut. Isteri yang solehah menjadi peneman hidupnya.

Namun pada masa yang sama, panggilan jihad mengetuk hatinya. Pada saat itu, Rasulullah SAW memerintahkan kaum muslimin berjihad ke jalan Allah.

Julaibib RA harus memilih antara kebahagiaan bersama isteri solehah atau mati shahid yang dicita-citakannya.

Akhirnya, Julaibib RA memilih untuk berjihad. Ternyata keinginanan terhadap syahid di medan perang menjadi pilihan utamanya.

Maka berangkatlah Julaibib RA menuju ke medan perang. Dia tinggalkan isterinya yang solehah dan kebahagiaan dunia demi menyambut panggilan jihad.

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW memberi perhatian kepada para sahabatnya usai peperangan. Biasanya baginda menanyakan siapa yang syahid dalam peperangan itu.

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya:
“Siapa yang gugur di jalan Allah?”

Mereka menjawab: "Fulan dan fulan, wahai Rasulullah”.

Mereka tidak menyebutkan nama yang dicari oleh Rasulullah SAW yakni Julaibib RA.
Maka Rasulullah SAW bertanya lagi kepada para sahabat, dan jawapan mereka sama.

Tiada siapa yang mengambil tahu tentang Julaibib melainkan Rasullullah SAW.

Kemudian baginda berseru:
“Sesunguhnya aku telah kehilangan salah seorang sahabatku, Jualaibib. Carilah dia!”

Para sahabat segera mencari Julaibib RA.

Mereka menemui jasad Julaibib RA tersungkur. Di sekelilingnya terdapat tujuh jasad musuh.

Segeralah para sahabat menyampaikan perkhabaran itu kepada Rasulullah SAW.

Dengan segera Rasulullah SAW menghampiri jasad Julaibib RA. Baginda berdiri di sampingnya dan bersabda:
"Dia telah membunuh tujuh orang ini, kemudian mereka membunuhnya. Sesungguhnya, dia adalah aku, dan aku adalah dia”

Rasulullan SAW mengucapkan kata-kata itu sebanyak tiga kali. Kemudian, dengan kasih sayang dan lemah lembut baginda mengangkatnya sendiri sehingga dikuburkan.

Rasulullah SAW menangis namun kemudian tersenyum dan memalingkan wajahnya.
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, kenapa baginda berkelakuan sedemikian.

Rasulullah SAW menjawab,

"Aku menangis kerana kehilangan keluargaku Julaibib,
tiada yang pedulikannya melainkan aku.
Kemudian Allah menunjukkan kepadaku tempatnya di syurga,
aku nampak bidadari di syurga berlari kepadanya.
Aku tersenyum kerana akhirnya dia mendapat isteri idamannya di syurga.
Ketika bidadarinya berlari, kakinya terselak,
aku memalingkan pandanganku kerana tidak berhak memandangnya"

Semoga Allah SWT merahmatinya.

Itulah akhir kehidupan Sahabat Julaibib RA, syahid ketika membantu Rasulullah SAW dan para sahabat. Pilihannya berjihad dan merindukan syahid mendapat ganjaran indah dari Allah SWT.

Rupa parasnya memang tidak seelok para bangsawan, harta tak sebanyak yang dimiliki para raja, namun bidadari surga berebut menginginkan sosok Julaibib RA.

Tepatlah kiranya kita menyimpulkan bahawa ketaqwaan merupakan harta paling berharga di sisi Allah. Sebab kekayaan, rupa maupun kedudukan di dunia akan lenyap setelah tibanya ajal.
Bagaimanakah dengan wanita solehah teman hidupnya?

Setelah Julaibib RA meninggal , wanita solehah itu menjadi seorang yang kaya raya di kalangan kaum Anshar. Semua itu berkat doa Rasulullah SAW.

Semoga kisah ini menjadi pelajaran bagi kita. Wallahu a’lam.

Sumber Cerita:

https://almanhaj.or.id/3797-julaibib-radhiyallahu-anhu-ia-memilih-berjihad-dan-merindukan-syahid.html

https://youtu.be/GI0pUQ-ZnF4

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails