Tazkirah: "10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentangamalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalahterbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut olehIslam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikutdengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawahsebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untukkeluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanandan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yanghadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan hartaanak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simatiyang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerapsalam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duitnak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapikalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggiluntuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemasdan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatuperbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segannak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidangsupaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangatmalas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yangberlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaansetiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasaadalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kendurisebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat daribermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuatkenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalauanak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahuhantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau gurutuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapikepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar punmenggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anaktidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhiperaturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, takribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukanberhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkanrumahtangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerimahakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kitamenurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturanhidup kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails