Tazkirah: SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah

SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah

Doa yang diminta oleh seseorang insan kepada ALLAH SWT hanya akan dimakbulkan samada secara segera atau bertangguh dengan berdasarkan syarat tertentu, antaranya yang utama ialah :

1. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.

2. Menepati adab-adab serta rukun-rukun berdoa.

3. Melakukan kebajikan sebelum dan selepas berdoa.

4. Menyakini kepada ALLAH SWT bahawa setiap doa akan diperkenankan oleh
ALLAh samada secara segera atau bertangguh. (ALLAH SWT itu Maha Adil)

5. Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau untuk melakukan penderhakaan kepada
ALLAh.

6. Bukan berdoa terhadap perkara yang mustahil diperolehi.

7. Hendaklah sentiasa melaksanakan segala tuntutan dan suruhan ALLAH SWT.

8. Sentiasa menjauhi segala maksiat atau tegahan ALLAH SWT.

9. Meyakini kekuasaan serta berdoa penuh ikhlas kepada ALLAH SWT.

10. Berusaha serta berikhtiar selaras dengan apa yang disoakan,
misalnya: seseorang yang memohon supaya dilapangkan rezeki mestilah
berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal semampu mungkin dan berdoa
serta bertawakal tanpa rasa putus asa.

11. Permohonan itu hendaklah dihadapkan dan dituntut daripada ALLAH SWT
semata-mata.

12. Berdoa kearah melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran

1 comment:

  1. salam..saya mhn izin copy utk post dlm blog saya ye..syukran..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails