Tazkirah: Apakah itu ‘Dosa’?



Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan perkara yang dilarang oleh Allah serta meninggalkan suruhanNya

Manusia melakukan dosa kerana terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat, ingin hidup bebas tanpa batasan agama dan sikap angkuh serta sombong kerana harta dan pangkat

Secara umumnya terdapat dua jenis dosa iaitu ‘Dosa Kecil’ dan ‘Dosa Besar’.

- Dosa Kecil :
Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat. Contohnya melihat aurat bukan muhrim dan bercakap atau berborak tentang perkara yang tidak berfaedah. Dosa kecil jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

- Dosa Besar
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat. Contohnya minum arak, berzina, membunuh, mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa. Dosa besar patut dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz. Orang yang membuat dosa besar tanpa penyesalan atau taubat akan mendapat seksa neraka seperti yang dijanjikan Allah.


Contoh-Contoh Dosa Besar:

I) Menghina dan Menderhaka kepada Ibu Bapa

Kita perlu mentaati ibu bapa kerana:

- Mereka memelihara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang.
- Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selesa.
- Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.
- Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita.


Cara untuk menghormati ibu bapa:

- Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka.
- Menghormati mereka setiap masa.
- Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua.
- Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka.


Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa

- Melawan percakapan ibu bapa (melainkan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti syirik)
- Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
- Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka
- Menghina, malu dan memandang rendah terhadap ibu bapa yang miskin


Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka

- Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan
- Tidak mendapat rahmat Allah
- Terputus rezeki daripada Allah
- Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak


II) Menipu dan Berbohong

Menipu ialah perbuatan untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain. Berbohong ialah tidak bercakap benar atau memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain. Perbuatan menipu dan berbohong boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk dan mengurangkan sukatan atau kualiti dalam perniagaan.


III) Mencuri dan Merompak

Mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin. Merompak pula bermaksud mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan ditempat simpanan tanpa izin. Perbuatan ini a Haram kerana ia perbuatan yang hina dan mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara

• Islam mengenakan hukuman hudud iaitu memotong tangan pencuri sekiranya barang yang dicuri mencukupi kadar tertentu dan sabit kesalahan



IV) Riba'

Riba’ ialah faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang. Hukumnya adalah haram dan berdosa besar

- Jenis-jenis riba' :

Riba' al-fadhal : pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya.

Riba' an-nasiah : pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran

Hikmah pengharaman riba' : membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia, mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat dan menggalakkan semangat tolong-menolong sesama manusia


V) Makan Harta Anak Yatim

Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim:

- anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
- mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat
- mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus sifat silaturrahim


VI) Lari Dari Medan Perang

Akibat lari dari medan perang, seseorang itu akan dipandang hina oleh masyarakat, umat islam akan ditindas dan memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat islam.


VII) Mengumpat Dan Memfitnah

Mengumpat ialah mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya. Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi :
- ingin melihat orang lain menderita
- takut persaingan hidup
- tidak mahu mengakui kelebihan orang lain

Akibat dari perbuatan fitnah akan berlaku permusuhan dan huru hara. Masyarakat islam akan sentiasa mundur serta putus silaturrahim dan menghalang perpaduan

Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah ialah redha dengan ketentuan Allah, menyemai sifat kasih sayang sesama muslim dan sentiasa melakukan muhasabah diri, meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh


VII) Minum Arak Dan Menagih Dadah

Arah ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam. Dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir.

Hikmah pengharaman arak adalah untuk menjaga kewarasan akal manusia, mengelakkan perkelahian dan permusuhan, mengekalkan kesihatan fizikal dan mental serta menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat.


VII) Zina

Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Hukum zina dan perbuatan yang mendorong kepda zina adalah berdosa besar. Contoh perbuatan yang mendorong kepada zina ialah melihat, merenung, bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa hajat yang diharuskan syarak, duduk berdua-duaan ditempat sunyi, memakai pakaian yang menjolok mata dll.

Hukuman terhadap yang melakukan zina bagi muhsan ( penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah ; direjam dengan batu sahingga mati, manakala bagi ghair muhsan ( penzina yang belum berkahwin ) ; disebat seratus kali sebatan.


IX) Menuduh Perempuan Baik Melakukan Zina

Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil adalah haram kerana ia boleh menjatuhkan maruah tertuduh dan menyebabkan tekanan jiwa kepada tertuduh dan keluarganya serta menghancurkan masa depan.

Hukuman jika membuat tuduhan palsu adalah sebat 80 kali sebatan setalah melalui proses undang-undang kepada individu yang telah sabit kesalahannya membuat tuduhan palsu


X) Liwat dan Musahaqah

Maksud liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki. Maksud musahaqah pula ialah hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan.

Akibat jika melakukan liwat / musahaqah ialah meruntuhkan institusi perkahwinan, menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental serta mendapat balasan azab di dunia dan akhirat.


XI) Membunuh Diri

Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri. Punca perbuatan membunuh diri sendiri boleh berlaku adalah kerana putus asa dengan rahmat Allah, tidak meyakini kehidupan hari akhira dan menganggap dengan membunuh diri menamatkan penderitaan.

Cara mengatasi perbuatan membunuh diri adalah dengan meyakini rahmat Allah, berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul, dan mengatur strategi hidup berpandukan al-quran as-sunnah dan akal yang waras.

Tazkirah: Pesanan untuk pengantin perempuan (Hadith Palsu)

Hadith Palsu : Makanan yang dilarang untuk pengantin perempuan


MAKLUMAN: INI ADALAH HADITH PALSU – dari email yang sedang disebarkan.

Terima kasih kepada seorang sahabat disini yang telah menanyakan Ustaz tentang kesahihan hadith tersebut. Jawapan Ustaz seperti berikut:

Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumi sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmuah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah.

Jadi, sesiapa yang ada menerima email yang mengandungi hadith palsu seperti di bawah, mohon hebahkan kepada rakan-rakan.


UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Allahualam

Tazkirah: Kesukaan dan kebencian Allah SWT


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”
(HR: Muslim)

Huraian :

Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya. Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT.


Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah. Begitu juga dengan aspek kebencian. Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah.

Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.

Tazkirah: 5 Perkara Elok Disebut


Di dalam artikel ini anda akan mengetahui 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadangkala kita terlupa terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habis-habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.


Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.


Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?


4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.


Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.



Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Tazkirah: Puasa Sunat Hari 'Arafah


Hari ‘Arafah ialah hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah. Ia merupakan hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim)

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah: hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda:

“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”
(Riwayat Imam Muslim)


Berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan, orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”
(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Tazkirah: Ustaz Ismail Kamus - Kesilapan / Ketidak kesempurnaan


Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut , buka puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mahu ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah.. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala… Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid.. Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut:

Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua.. Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal.. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah...

Tazkirah: Amalan Solat Tahajud


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.

Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji."
(Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur.. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -

1.Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu

p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tazkirah: Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup


Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Tazkirah: Doa Belajar



Doa asas yang patut diamalkan setiap kali sebelum memulakan pembelajaran:

Allahummaftah alaina hikmataka, wansyur alaina min hazha ini rahmatika, ya arhamarrahimin

Ya Allah bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu, dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seelok-eloknya baca dulu surah al-Fatihah kemudaian diikuti doa ini.

Tazkirah: Pahala Yang Tidak Terhitung


Firman ALLAH SWT:

“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”

(Surah Az Zumar Ayat 10)


Ulasan Ayat :

1)Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya.

2)Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.

3)Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.

4)Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.

5)Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain.

6)Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dekat dengan kita. Oleh itu, kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap perasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.

7)Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.WALLAHU’ALAM

Tazkirah: 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W -


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Tazkirah: Rukun Haji


Rukun haji ialah sesuatu perbuatan yang apabila tidak dilakukan maka akan menyebabkan haji seseorang tidak sah. Perbuatan tersebut tidak boleh digantikan dengan sebarang dam atau denda.

Wajib haji pula adalah sesuatu yang mesti dikerjakan, namun sahnya haji pula tidak bergantung kepadanya, kerana boleh diganti dengan dam seperti dengan penyembelihan kambing.

Adapun sunat haji ialah sebarang perbuatan yang menjadikan haji seseorang akan lebih sempurna. Jika tertinggal ataupun ditinggalkan maka tidaklah mencacatkan ibadah hajinya dan sekiranya dilakukan maka ia mendapat pahala dan hajinya bertambah sempurna.

Rukun-rukun haji:

1) Ihram
2) Wukuf di Arafah pada waktu yang ditentukan
3) Tawaf Ifadhah
4) Sa'ie
5) Tahallul (bercukur atau bergunting)
6) Tertib (berturut-turut mengikut aturan)


Wajib-wajib haji:

1) Ihram serta berniat haji dari miqat
2) Bermalam (mabit) di Muzdalifah
3) Bermalam (mabit) di Mina
4) Melontar 3 jamrah
5) Meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dalam ihram


Sunat-sunat haji:

1) Mengerjakan haji secara ifrad
2) Membaca talbiyah
3) Tawaf qudum, iaitu tawaf yang dilakukan oleh orang yang tiba di MAkkah sebelum tiba masanya Wukuf di Arafah.
4) Sulat sunat dua rakaat, dan lebih utama dilakukan di belakang makam Nabi Ibrahim.
5) Bermalam di Mina pada 10 Zulhijjah
6) Tawaf wida' yang juga disebut tawaf perpisahan, dilakukan sebaik sahaja akan meninggalkan Makkah.
7) Berpakaian ihram dan serba putih
8) Berhenti di MAsjidil Haram pada 10 Zulhijjah

Tazkirah: Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim


Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah...

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma’thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu ‘Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.”

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian! – lanh

Sumber:
Ustaz Zain Hashim
(Kiriman fw email)

Tazkirah: Jangan Bersedih - Berhati-hati dan tawakkallah kepada Allah


Bersikap hati-hati dan berusaha yang disertai dengan tawakkal kepada Allah adalah salah satu jalan menuju kebahagiaan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri selalu memperlihatkan kewaspadaan dalam perang dengan memakai baju besi, padahal kita tahu Rasulullah saw adalah manusia yang paling bertawakkal kepada Allah.

Salah seorang sahabat bertanya kepadanya:
"Apakah saya harus mengikat unta saya,wahai Rasulullah atau bertawakkal sahaja?"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ikatkanlah ia terlebih dahulu, barulah bertawakkal"


Berusaha dan bertawakkal kepada Allah adalah prinsip tauhid; meninggalkan usaha dan hanya bertawakkal kepada Allah adalah sebuah kekeliruan dalam memahami syariat; sedangkan berusaha saja tanpa tawakkal kepada Allah adalah kekeliruan dalam memahami tauhid.


Ibnul Jauzi menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memotong kukunya, kemudian ia lalai hingga mengakibatkan kematiannya. Ini adalah disebabkan kerana ia tidak berhati-hati dan berwaspada. Ada pula seorang lelaki pernah masuk kandang keldai sardan. Kerana tidak berhati-hati maka dia disondol oleh keldai itu dan terus meninggal dunia.


Diceritakan bahawa Thaha Husain, seorang penulis terkenal Mesir, selalu berkata kepada pemandunya:
"Jangan memandu kereta ini terlalu laju, agar lebih cepat sampai ke tempat tujuan"


Ini merupakan terjemahan secara praktikal dari sebuah peribahasa yang berbunyi: 'Terburu-buru itu justeru sering menciptakan kelambatan'



Seorang penyair mengatakan:

Seorang yang bertindak perlahan terkadang dapat mencapai tujuannya
Orang yang tergesa-gesa terkadang mengalami ketergelincir
Berwaspada dan berhati-hati supaya tidak bertentang dengan ketentuan Allah,
bahkan termasuk dari ketentuanNya.

... dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut... (Al-Kahdi:19)


... dan Dia telah menjadikan untuk kalian pakaian yang dapat melindungi tubuh kalian dari panas (dan dingin) dan pakaian (baju besi) yang dapat melindungi tubuh kalian (dari senjata musuh) di Medan perang... (An-Nahl:81)


Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)

Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.

Tazkirah: Jangan pandang remeh persoalan dosa

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya, Dia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi, dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya, Dia tidak membalas perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga Dia membalaskannya nanti pada hari kiamat," Riwayat Tabrani.

Sebahagian dari tanda kesayangan Allah kepada hambaNya ialah Dia mempercepatkan balasanNya di dunia agar manusia itu insaf dan dapat memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar. Sebaliknya tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan dibiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat. Mereka akan terus lalai dan lupa kerana asyik dengan urusan di dunia ini.

Adalah lebih baik jika kita menerima hukuman di atas kesalahan kita di dunia ini lagi, agar kita insaf dan berkesempatan bertaubat kerana balasan di akhirat adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat. Kita juga perlu tahu tentang persoalan dosa, tidak kiralah sama ada ianya yang kecil mahupun yang besar. Dosa tetap dosa dan ia memang berkaitan secara langsung dengan hukuman yang bakali kita hadapi sekiranya kita tidak sempat untuk bertaubat terutamanya semasa masih hidup lagi.


Dosa besar


Kebanyakan orang memandang ringan tentang persoalan dosa kecil. Ini anggapan yang salah. Kalau dibiarkan, lama kelamaan akan berubah menjadi dosa besar pula.

1. Ini kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya. Oleh itu ada yang menyatakan, "Bukan dosa kecil lagi jika kekal mengerjakannya dan bukan dosa besar lagi jika dimohonkan keampunannya."

"Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah berbekas juga. Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!"


2. Sebab adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya. Dosa itu jika oleh yang melakukannya dianggap besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika oleh yang mengerjakannya dipandang kecil, maka di sisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini disebabkan kerana hebatnya godaan dan sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya. Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong melakukannya.


3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmatnya. Sebabnya kerana dosa yang dikerjakan denga gembira dan nikmat, ia akan berbekas sangat mendalam dalam batin, bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya kembali. Perasaan berbahagia di dalam dosa, adalah satu hal yang sangat buruk.


4. Dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman dari balasan Allah. Sebetulnya perbuatan apa pun, besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah amat teliti dalam mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang bodoh lagi sesat yang merasa dirinya aman dari pengawasan Allah. Kalaupun (nampaknya) aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah memang menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaan-Nya, agar banyak lagi dosa yang dikerjakan. Perasaan aman dari pengawasan atau balasan Allah, menyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan makin berani melakukannya.


5. Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain. Ada kalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula, waktu melakukannya memang di hadapan orang lain. Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran. Sepatutnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri, sebab hanya dia sendiri yang mengetahuinya. Jadi pelanggarannya yang pertama, kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggaran yang kedua kerana cara ia melakukan dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Cara begitu, satu kemaksiatan mengandungi dua macam pelanggaran sekali gus. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang lebih besar.


6. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut. Orang yang alim mempunya pengaruh besar kepada para pengikutnya. Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya. Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar. Dalam sebuah hadis disebutkan; "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikitpun."

Sebaliknya, jika orang alim itu berbuat kebaikan, maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya jika ramai orang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.

Manusia bergantung kepada rahmat Allah, bahkan dengan rahmatNyalah manusia akan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Bagi orang bukan Islam, mereka hanya memburu kejayaan dunia dan mereka hanya mnedapat rahmat umum atau zahir, sedangkan umat Islam diajak memperoleh rahmat dunia dan akhirat. Dengan rahmat Allah sahaja, kita akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.


Fikir-fikirkanlah.

Sumber: Mohd Huzairi Zainuddin, Perunding Motivasi

Tazkirah: Tinggalkanlah perdebatan dan perbalahan yang berpanjangan....


Rasulullah bersabda,

"Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Tazkirah: Air tangan orang tidak solat lebih hina dari air kencing anjing hitam


Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa 'sibuk' mencari alasan...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan sembahyang adalah berdosa, malahan lebih hina dr khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S.

Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dlm hatinya (nazar).

"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg diturunkan utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya pergi bertemu dgn Nabi-Allah Musa.

Dia menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat... betapa hinanya org yg tak solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumahnya lebih hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan org yg memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.

Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenala pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yg menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat keja2 yg baik. Jaga apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak... Allahualam

Tazkirah: Cell phone vs. Al-Quran


Cell phone vs. Quran


Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat
our cell phone?

What if we carried it around in our purses or pockets?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?


What if we treated it like we couldn't live without it?


What if we gave it to kids as gifts?

What if we used it when we traveled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm... where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being
disconnected


Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!

Tazkirah: Hujan ...


Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...
Related Posts with Thumbnails