Ceramah Animasi : Hadis Meninggalkan Solat


Ceramah animasi yang mudah difahami tentang meninggalkan solat. Sesuai untuk setiap peringkat usia.


Solat Witir


Solat Witir adalah solat yang jarang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan adalah solat sunat yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Bersiwaklah kamu, jagalah kebersihan dan laksanakan solat witir kerana sesungguhnya ALLAH itu Zat yang Esa (ganjil) dan akan memberikan pahala bagi yang menunaikan solat ganjil (witir)”
~HR Abu Daud~
Peringatan daripada Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah:

Abu Hurairah berkata, kekasihku (Rasulullah s.a.w) telah menyampaikan wasiat  kepadaku tentang tiga hal, agar aku berpuasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan solat Dhuha dua rakaat dan menunaikan solat witir sebelum tidur.
 ~HR Muslim~

Abu Hurairah tidak pernah meninggalkan solat witir selepas mendapat peringatan itu. Beliau tidak memandang remeh tentang solat witir meskipun itu hanyalah solat sunat. Abu Hurairah menganggap solat witir adalah wasiat daripada kekasihnya. Peribadi Abu Hurairah patut  kita jadikan teladan dan merasa seperti apa yang dirasainya.

Kita hendaklah menunaikan solat yang dicintai oleh ALLAH ini di mana pun kita berada selama ada waktu dan kesempatan. Tidak ada harapan yang patut kita panjatkan selain menjalankan apa yang digalakkan Rasulullah s.a.w dan mengharapkan keredhaan ALLAH.


Waktu Mengerjakan Solat Witir

Solat witir dikerjakan dari selepas Isyak hinggalah apabila waktu sahur tiba.

Sabda Rasulullah SAW:

“Bergegaslah mengerjakan solat witir sebelum tiba waktu subuh” 
~HR Al-Hakim~

Waktu yang paling utama ialah pertengahan malam, namun bagi seorang Muslim yang tidak mampu mengerjakan witir pada waktu ini, dia mendapat keringanan seperti mana hadis Nabi Muhammad SAW :

“Siapa yang takut tidak dapat bangun di akhir malam, maka hendaklah dia mengerjakan solat witir di awal malam. Tetapi solat di akhir malam itu disaksikan malaikat pembawa rahmat dan adalah lebih utama”

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat dua golongan sahabat yang mengerjakan solat witir di awal malam dan di akhir malam. Golongan yang mengerjakan di awal malam dipelopori oleh Abu Bakar, Uthman bin Affan, Abu Hurairah dan Rafi’ bin Khudaij. Manakala kelompok berikutnya dipelopori oleh Umar bin Khattab, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Mas’ud, Abu Darda, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar yang mengerjakan solat witir di akhir malam.

Namun begitu Rasulullah SAW tetap memuji kedua-duanya. Ini disebut dalam satu hadis daripada Abu Qatadah.

Sesungguhnya Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Bakar.
“Bilakah kamu mengerjakan solat witir?” 
Abu bakar menjawab, 
"aku mengerjakan solat witir sebelum aku tidur."
Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada Umar, 
“Bilakah kamu mengerjakan solat witir?”
Umar menjawab, 
"aku tidur terlebih dahulu dan kemudian mengerjakan solat witir." 
Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Abu Bakar, 
“Kamu memilih waktu dengan bijaksana.” 
Rasulullah SAW berkata kepada Umar,
“Kamu beramal sebagaimana orang kuat beribadah.”
Abu Bakar memilih waktu dengan bijaksana kerana dapat mengukur kekuatan, sekali gus menjaga diri daripada lalai. Umar turut dipuji oleh Rasulullah s.aw  kerana bukan semua orang kuat untuk bangun di tengah malam ketika rasa mengantuk menyelubungi diri apalagi untuk berdiri mengambil wudhuk dan mengerjakan solat witir. Hanya mereka yang kuat beribadah sahaja dapat melakukannya.

Kita sebagai umat Islam hidup masa kini mempunyai contoh yang baik daripada kalangan sahabat. Dua waktu yang mereka pilih adalah baik dan kita hanya perlu memilih bila untuk mengerjakannya sesuai dengan kemampuan. Itu lebih baik daripada meninggalkan terus.

Panduan Solat Witir

Bilangan Rakaat Solat Witir

Rasulullah SAW bersabda:
“Solat malam dikerjakan dengan dua rakaat –dua rakaat, jika salah satu daripada kamu takut akan datangnya waktu subuh, maka hendaklah dia solat satu rakaat, menjadikannya solat witir."
~Riwayat Muslim~
Ini bermakna  bagi witir 3 rakaat, ia bererti dua rakaat  kemudian salam, dan di tambah satu rakaat lagi. Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat witir adalah hak peribadi. Tiada masalah sama ada lima rakaat, tiga rakaat atau satu rakaat. Oleh sebab itu marilah kita berlumba mencari keredaan ALLAH melalui solat yang dicintaiNya. Makin banyak rakaat, tentunya makin bagus. Namun begitu satu rakaat pun jauh lebih bagus daripada tidak bersolat langsung.

Surah Bacaan Solat Witir

Menurut  hadis daripada Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW menunaikan solat witir sebanyak tiga rakaat dengan membaca sembilan surah, iaitu daripada surah-surah pendek. Pada setiap rakaat, baginda membaca sebanyak tiga surah yang kemudian diakhiri dengan surah Al-Ikhlas.

Pilihan surah yang di baca oleh Rasulullah SAW adalah :
1. Surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah
2. Surah Al-A’ala
3. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
4. Sembilan surah2 pendek

Rakaat pertama : Surah At-Takathur, Al-Qadr, Al-Zalzalah
Rakaat kedua : Surah Al-‘Ashr, Al-Fath, Al-Kautsar
Rakaat ketiga : Surah Al-Kafirun, Al-Lahab, Al-Ikhlas


Zikir selepas solat witir

“Subhanal Malikil Quddus”
Maha suci Zat Yang Menguasai, Zat yang Suci
Sebanyak 3x.

Zikir selepas witir mampu memberi ketenangan kepada hati, terutamanya menghilangkan kesedihan. Hakikatnya zikir adalah seperti suara yang memanggil-manggil, memohon dengan bersungguh-sungguh agar datangnya pertolongan ALLAH.

Berilah galakan kepada keluarga dan sahabat-sahabat untuk sama-sama menunaikan solat witir. Ibadah, sama ada solat atau ibadah lain adalah ajakan mulia yang penuh dengan pendidikan akhlak dan budi pekerti.

Ibnu Umar bahawa menegaskan solat witir bukanlah sekadar solat sunat biasa kerana jarang sekali Rasulullah SAW meninggalkan solat witir. Begitu juga para sahabat pada ketika itu.

Jika Rasulullah SAW dan para sahabat begitu teguh mengamalkannya , kita bagaimana?  Moga terus istiqamah..kunci utama untuk kekal istiqamah ialah dengan berusaha untuk ikhlas mencintai amalan tersebut.


~sumber: Yusni A.Ghazali (Mukjizat Qiyamullail)~

Ceramah Animasi : Panduan Aurat



Ceramah animasi yang mudah difahami tentang aurat.

Tafsir Ringkas Surah Al-Kahfi

Terdapat empat aspek dan pengajaran daripada surah Al-Kahfi yang berkaitan dengan fitnah Dajjal:

1) Ujian agama (kisah pemuda yang berlindung di dalam gua) - kita tidak boleh goyah dari paksi Islam, jika perlu hendaklah kita berhijrah apabila akidah/agama diganggu gugat. Ibaratnya Islam itu hendaklah dijunjung di atas kepala manakala dunia itu hanya di pegang tangan sahaja. Apabila pergerakkan kita terhalang atau kurang stabil, hendaklah di letakkan dunia dan di perbetulkan Islam yang di junjung itu.

2) Ujian kekayaan (kisah pekebun) - harta kekayaan itu milik Allah, kita selayaknya guna apa yang diperlukan dan selebihnya sebaiknya di gunakan ke jalan Allah. Harta dan kekayaan yang kita miliki nanti akan ditanya dari mana dan ke mana di gunakan.

3) Ujian Ilmu (kisah Nabi Musa) - kita perlu berusaha menimba ilmu dan yang penting juga kita perlu mempastikan ilmu yang di timba itu datang dari sumber-sumber yang sahih dan tidak di campur baurkan dengan yang meragukan. Ilmu Allah itu terlalu luas dan tanpa sempadan, tidak ada seorang yang mampu menguasai kesemua ilmu itu.

4) Ujian kuasa (kisah Iskandar Zulkarnain) - kuasa yang ada hendaklah kita gunakan seadil-adilnya. Kita perlu sentiasa takut, tunduk dan ingatkan Allah apabila dikurniakan kuasa. Dengan kuasa yang kita ada, setiap keputusan yang kita ambil akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Tazkirah : Kisah Saidina Ali dan Buah Delima


Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.

Suatu ketika Saidina Ali bin Abi Thalib bertanya kepada isterinya yang sedang sakit iaitu Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW; "Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?"
Lalu Siti Fatimah menjawab “Wahai Suamiku, aku ingin buah delima"

Saidina Ali termenung seketika kerana tidak memiliki wang untuk membelikan isterinya buah delima. Beliau segera bangun dan berusaha untuk mendapatkan wang satu dirham. Maka akhirnya Saidina Ali berjaya mendapatkan wang itu dan kemudian beliau terus pergi ke pasar. Setelah membeli sebiji buah delima, beliau segera pulang ke rumah.

Ketika dalam perjalanan ke rumahnya, tiba-tiba beliau ternampak seorang tua terbaring sakit di tepi jalan, Saidina Ali berasa kasihan lalu beliau berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Saidina Ali.
“Wahai Ali, aku sudah lima hari terbaring sakit di tempat ini, banyak orang lalulalang, namun tiada seorang pun yang mempedulikanku. Aku ingin sekali makan buah delima.” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Saidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,

“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah; 'Terhadap si pengemis, engkau janganlah mengherdiknya' (QS. Al-Dhuha : 10).

Juga sabda Nabi SAW yang bermaksud, 'janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan'.

Oleh sebab isterinya juga menginginkan buah delima tersebut akhirnya buah tersebut dibahagi dua. Kini ada di tangannya hanya separuh buah delima untuk isterinya. Lalu beliau meneruskan perjalanan kembali ke rumah. Tiba-tiba ada seorang lagi pengemis yang sangat kelaparan mengharapkan bantuan dari Saidina Ali. Rasa sayang yang tinggi terhadap sesama manusia, maka diberikanlah separuh lagi buah delima tersebut kepada pengemis itu.

Sampai di rumah Saidina Ali r.a menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,

“Wahai suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang pengemis itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

Mendengar kata-kata isterinya itu Saidina Ali merasa gembira.

Selanjutnya, di kamar Rasulullah SAW didatangi oleh Malaikat Jibril as,yang memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Saidina Ali,dan bersama  Jibril as terdapat  10 buah-buahan dari syurga sebagai pengganti buah yang telah diberikan oleh Saidina Ali kepada pengemis tadi. Nabi SAW memanggil salah seorang sahabatnya iaitu Salman al-Farisi (ada yang mengatakan bahawa lelaki itu ialah Abu Said al-Khudri ra) agar menghantar buah-buahan ini kepada Saidina Ali dan putrinya Fatimah az-Zahra.

Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Saidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”

“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Saidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Saidina Ali, lalu Saidina Ali bertanya,

“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada 9 biji buah delima. Saidina Ali terus berkata,

“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya 10”.

Lalu Saidina Ali r.a membacakan firman Allah SWT,
“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amal balasannya”.(Al-An’am : 160 )

Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebiji lagi buah delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”

Kisah ini bukannya bermaksud setiap apa yang kita keluarkan akan mendapat balas terus pada masa itu juga dengan gandaan 10, namun itu juga tidak mustahil dengan kuasa Allah SWT.

Apa yang lebih penting untuk kita fahami, betapa tinggi dan besarnya kasih sayang Allah SWT kepada kita dan betapa hebatnya iman para sahabat.

Adab Makan Mengikut Sunnah Rasulullah


Oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus
bhagama@bharian.com.my
2012/04/03

ISLAM agama yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuk perkara membabitkan pemakanan. Tidak dapat dinafikan makanan dan minuman elemen penting dan berharga dalam kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sejahtera, menjalankan tugasan atau kegiatan hariannya dengan lancar dan memastikan seseorang itu tidak hilang semangat kerana kelaparan.

Terdapat beberapa adab dan etika yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan tubuh badan terpelihara. Islam tidak menggalakkan umatnya makan sesuka hati, makan terlalu kenyang dan sebagainya.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan Baginda SAW amat bertepatan dengan ayat al-Quran yang bermaksud:

“... makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan...” (Surah al-A'raf, ayat 31).

Ada beberapa panduan yang diajarkan Baginda SAW kepada umat Islam antaranya adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar membaca Bismillah ketika hendak makan dan akhirinya dengan membaca Alhamdulillah. Hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang Muslim adalah peringatan bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW hanya makan ketika benar-benar lapar dan berhenti sebelum perut berasa kenyang. Rasulullah SAW mengajar cara untuk makan dan minum iaitu sepertiga isi perut untuk makanan, sepertiga lain untuk minuman dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas). Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur.

Cara Rasulullah SAW duduk ketika makan adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi ini bukan saja dapat memberi keselesaan pada perut, malah dapat menjaga keseimbangan ruang dalam perut agar terbahagi kepada tiga bahagian; 1/3 ruang untuk makanan, 1/3 bahagian untuk udara dan 1/3 lagi untuk air. Di samping itu, Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.”

Antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan dan minum menggunakan tangan kanan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan.

Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat Muslim).

Baginda SAW memakan makanan dengan tiga jari dan selepas selesai makan, Baginda SAW menjilat ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya.
Hikmahnya, kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan,
jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya”.
(hadis riwayat Muslim)
Perbuatan membasuh tangan dan berkumur sebelum dan selepas makan adalah amalan sunnah yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bakteria. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berkumur kalian selepas minum susu kerana di dalamnya mengandung lemak”. 
(hadis riwayat Ibnu Majah). 
Di samping itu, Rasulullah SAW gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Ini secara langsung akan menciptakan kemesraan dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga akan dapat mengelakkan pembaziran.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama), kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Imam Abu Hamid al-Ghazali menyatakan antara etika makan ialah membicarakan hal yang baik dan menceritakan kisah orang yang soleh ketika makan. Menurut al-Hafidz dan Sheikhul Islam Ibn al-Qayyim ra, menyatakan Nabi SAW bercakap dan berbual ketika makan.

Dalam kitabnya al-Zaad,
“Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu itu.” 
(Hadis riwayat Muslim). 
“Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya, 
ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya 
menambah lauk pauk dan minuman.” 
(Hadis riwayat al-Bukhari). 

Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap (melampau batas) atau bercakap dengan makanan penuh dalam mulut. Jangan juga bercakap mengenai hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.

Rasulullah SAW juga ada memberi panduan mengenai cara minum antaranya jangan minum berdiri, jangan meniup air yang panas, jangan minum daripada bekas air yang besar, jangan bernafas ketika sedang minum dan minum seteguk diselang seli dengan bernafas. 

Apabila kita minum daripada bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Karbon Dioksida yang apabila bercampur dengan air (H20) dan akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid.

Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang memahami dan memanfaati nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini.


Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) سورة المنافقون



Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) سورة المنافقونسورة الصف

klik untuk download MP3 Surah Surah Al-Munafiquun oleh Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy (bacaan di atas)

Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) سورة الجمعة


Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) سورة الجمعة

klik untuk download MP3 Surah Al-Jumu’ah oleh Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy (bacaan di atas)

Surah As-Saff (Barisan) سورة الصف



Surah As-Saff (Barisan) سورة الصف

klik untuk download MP3 Surah As-Saffoleh Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy (bacaan di atas)

Wudhu dengan Botol Spray


Wudhu menggunakan botol spray sangat praktikal ketika musafir, mengerjakan haji atau umrah dan waktu bekalan air terhad. Botol spray size 100ml sangat comel, boleh disimpan dalam beg dan mudah dibawa kemana-mana. Tiada alasan untuk tidak solat kerana tidak dapat berwudhu. :-)

Di bawah ini serba sedikit cara menggunakan spray  untuk mengambil wudhu ditunjukkan oleh Shaikh Hasanayn Kassamali



 Tatacara mengambil wudhu dengan botol spray.

1) Niat ambil wudhu.
2) Spray ke keseluruhan muka sehingga air menitis dari muka, spray sedikit pada tapak tangan dan sapu seluruh muka dengan menggunakan tapak tangan.
3) Spray keseluruhan tangan kanan sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
4) Spray keseluruhan tangan kiri sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
5) Spray air ke ubun kepala dan ratakan.
6) Spray keseluruhan kaki kanan sehingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
7) Spray keseluruhan kaki kiri sehingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
8) Tertib

Nota:
Pastikan botol spray anda bersih dan diisi dengan air mutlak.

Hikmah Membaca Surah Al-Kahfi Setiap Jumaat

Telah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka terpancarlah cahaya diantara tempat nya dan Baitullah."

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Darda bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud: "Sesiapa menghafaz sepuluh... ayat permulaan Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Dajjal." (HR Muslim, Abu Daud, An Nasai, At Tirmizi dan Qatadah)

Daripada Ali RA katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia terpelihara sehingga lapan hari dan sekiranya dajjal keluar, dia akan terpelihara daripadanya."

Daripada Muaz ibni Anas, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayat kan dari Umar RA pula bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga kelangit untuk nya di hari kiamat dan di ampun kan dosa-dosanya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)

Jom amalkan...

Tazkirah : Himpunan Kata-kata Hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah

Saidina Ali bin Ali Talib adalah sahabat Rasullullah S.A.W yang terulung. Beliau merupakan pahlawan yang lincah permainan perangnya malah beliau seorang ilmuan yang fasih bicaranya juga hamba Allah yang tinggi imannya.

Berikut adalah kata-kata hikmah Saidina Ali bin Ali Talib yang dipetik dari novel sejarah Islam bertajuk 'Ali bin Ali Talib - Mutiara Ilmu Islam' oleh penulis Abdul Latip Talib.

"Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu. Engkaulah bagiku sebagaimanayang aku cintai,maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

"Hendaklah kamu lebih memerhatikan cara amalan itu diterima berbanding banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima"

"Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya"

"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya"

"Perkara yang patut ada pada kepimpinan adalah sikap berlapang dada"

"Pendapat seseorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda."

"Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran"

"Kebesaran seseorang itu adalahbergantungkepada hatinya yang mana adalah sekeping daging"

"Mereka yang bersikap pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin"

"Jagalah ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamuakanmenjaga kamu"

"Bakhil dengan apa yang ada di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan kepada Allah"

"Kekayaan orang bakhil akan turun kepada warisnya ataupunpada angin. Tidak ada yang terpencil berbanding orang yang bakhil."

"Seorang arif adalah lebih baikdaripada kearifan. Seorang jahat adalahlebih jahat daripada kejahatan"

"Ilmu lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu."

"Jagalah harta bendamu dangan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat"

"Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam"

"Mengajar adalah belajar"

"Bersedekahlah mengikut kemampuamu dan janganlah jadikan keluargamu miskin"

"Manusia terbahagi kepada tiga:

1. Mereka yang mengenal Allah
2. Mereka yang mencari kebenaran
3. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan mereka akanmengikut ketua dengan buta seperti kambing"

"Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawaduk dan lemah"

"Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu kepada Allah."

"Mereka yang mencari kesilapannya sendiri selamat daripada mencari kesilapan orang lain"

"Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan bagi memperbaiki dirinya"

"Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila dia mati"

"Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan kepada Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu"

"Allah merahmati mereka yangkenal dirinya dan tidak melampui batas"

"Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya"

"Seorang yang membantu adalah sayap orang yang meminta"

"Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya"

"Barangsiapa yang mencari apa yang tidak berkaitan dengannya nescaya hilang apa yang berkaitannya"

"Mereka yang mendengar orang yang mengumpat adalah golongan mereka yang mengumpat"

Related Posts with Thumbnails