Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Tafsir Ringkas Surah Al-Kahfi

Terdapat empat aspek dan pengajaran daripada surah Al-Kahfi yang berkaitan dengan fitnah Dajjal:

1) Ujian agama (kisah pemuda yang berlindung di dalam gua) - kita tidak boleh goyah dari paksi Islam, jika perlu hendaklah kita berhijrah apabila akidah/agama diganggu gugat. Ibaratnya Islam itu hendaklah dijunjung di atas kepala manakala dunia itu hanya di pegang tangan sahaja. Apabila pergerakkan kita terhalang atau kurang stabil, hendaklah di letakkan dunia dan di perbetulkan Islam yang di junjung itu.

2) Ujian kekayaan (kisah pekebun) - harta kekayaan itu milik Allah, kita selayaknya guna apa yang diperlukan dan selebihnya sebaiknya di gunakan ke jalan Allah. Harta dan kekayaan yang kita miliki nanti akan ditanya dari mana dan ke mana di gunakan.

3) Ujian Ilmu (kisah Nabi Musa) - kita perlu berusaha menimba ilmu dan yang penting juga kita perlu mempastikan ilmu yang di timba itu datang dari sumber-sumber yang sahih dan tidak di campur baurkan dengan yang meragukan. Ilmu Allah itu terlalu luas dan tanpa sempadan, tidak ada seorang yang mampu menguasai kesemua ilmu itu.

4) Ujian kuasa (kisah Iskandar Zulkarnain) - kuasa yang ada hendaklah kita gunakan seadil-adilnya. Kita perlu sentiasa takut, tunduk dan ingatkan Allah apabila dikurniakan kuasa. Dengan kuasa yang kita ada, setiap keputusan yang kita ambil akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Hikmah Membaca Surah Al-Kahfi Setiap Jumaat

Telah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka terpancarlah cahaya diantara tempat nya dan Baitullah."

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Darda bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud: "Sesiapa menghafaz sepuluh... ayat permulaan Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Dajjal." (HR Muslim, Abu Daud, An Nasai, At Tirmizi dan Qatadah)

Daripada Ali RA katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia terpelihara sehingga lapan hari dan sekiranya dajjal keluar, dia akan terpelihara daripadanya."

Daripada Muaz ibni Anas, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayat kan dari Umar RA pula bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga kelangit untuk nya di hari kiamat dan di ampun kan dosa-dosanya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)

Jom amalkan...

Tazkirah: Fadhilat Jumaat


ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab;
tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda:
Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
Related Posts with Thumbnails