Showing posts with label Kuasa Allah. Show all posts
Showing posts with label Kuasa Allah. Show all posts
Tazkirah : Punca Allah Turunkan Bencana
Tazkirah : Punca Allah Turunkan Bencana
ALLAH menurunkan bencana kepada umat manusia atas banyak faktor, termasuk sebagai menguji keimanan mereka atau menghukum di ataskesalahan yang dilakukan.
Firman Allah bermaksud:
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul-Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,”
(Surah al-Hadiid: 22-23)
Dalam satu hadis, Nabi Muhammad SAW ada menerangkan mengapa manusia ditimpa bencana. Dalam hadis diriwayatkan at-Tirmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah bersabda bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, makalayaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1) Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan)diagih-agihkan kepada orang tertentu saja.
2) Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa).
3) Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4) Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5) Apabila anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6) Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7) Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8) Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal keduniaan dalam masjid.
9) Apabila yang menjadi pemimpin sesuatu kaum itu daripada kalangan orang yang dihina oleh mereka.
10) Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya (kezaliman).
11) Apabila arak menjadi minuman biasa.
12) Apabila lelaki memakai sutera.
13) Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14) Apabila wanita memainkan alat muzik.
15) Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu (Umat sekarang menyalahkan sahabat nabi atau ulama-ulama muktabar yang terdahulu),
maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting-beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi."
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak, kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.
Wallahualam...
Tazkirah : 6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :
1 Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2 Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3 Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5 Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6 Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Subscribe to:
Posts (Atom)







