Showing posts with label Kata-kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata Hikmah. Show all posts

Tazkirah : Himpunan Kata-kata Hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah

Saidina Ali bin Ali Talib adalah sahabat Rasullullah S.A.W yang terulung. Beliau merupakan pahlawan yang lincah permainan perangnya malah beliau seorang ilmuan yang fasih bicaranya juga hamba Allah yang tinggi imannya.

Berikut adalah kata-kata hikmah Saidina Ali bin Ali Talib yang dipetik dari novel sejarah Islam bertajuk 'Ali bin Ali Talib - Mutiara Ilmu Islam' oleh penulis Abdul Latip Talib.

"Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu. Engkaulah bagiku sebagaimanayang aku cintai,maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

"Hendaklah kamu lebih memerhatikan cara amalan itu diterima berbanding banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima"

"Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya"

"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya"

"Perkara yang patut ada pada kepimpinan adalah sikap berlapang dada"

"Pendapat seseorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda."

"Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran"

"Kebesaran seseorang itu adalahbergantungkepada hatinya yang mana adalah sekeping daging"

"Mereka yang bersikap pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin"

"Jagalah ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamuakanmenjaga kamu"

"Bakhil dengan apa yang ada di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan kepada Allah"

"Kekayaan orang bakhil akan turun kepada warisnya ataupunpada angin. Tidak ada yang terpencil berbanding orang yang bakhil."

"Seorang arif adalah lebih baikdaripada kearifan. Seorang jahat adalahlebih jahat daripada kejahatan"

"Ilmu lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu."

"Jagalah harta bendamu dangan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat"

"Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam"

"Mengajar adalah belajar"

"Bersedekahlah mengikut kemampuamu dan janganlah jadikan keluargamu miskin"

"Manusia terbahagi kepada tiga:

1. Mereka yang mengenal Allah
2. Mereka yang mencari kebenaran
3. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan mereka akanmengikut ketua dengan buta seperti kambing"

"Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawaduk dan lemah"

"Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu kepada Allah."

"Mereka yang mencari kesilapannya sendiri selamat daripada mencari kesilapan orang lain"

"Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan bagi memperbaiki dirinya"

"Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila dia mati"

"Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan kepada Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu"

"Allah merahmati mereka yangkenal dirinya dan tidak melampui batas"

"Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya"

"Seorang yang membantu adalah sayap orang yang meminta"

"Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya"

"Barangsiapa yang mencari apa yang tidak berkaitan dengannya nescaya hilang apa yang berkaitannya"

"Mereka yang mendengar orang yang mengumpat adalah golongan mereka yang mengumpat"

Tazkirah: Jangan bersedih, Hidup ini bukan untuk bersedih...


Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semngat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yamg harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.


Petikan dari terjemahan buku 'La Tahzan' oleh Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Tazkirah: Usahlah berduka.....

1- Bergembiralah dengan pilihan ALLAH untuk anda. sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

2-Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri anda dengan ALLAH, mengajar agar anda berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub dan segala kesombongan dari diri anda.

3- Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan hulurkan kebaikan kepada semua orang agar anda memperolehi kebahagian ketika menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kapada orang yang memerlukan, dan menyayangi anak yatim.

4- Ketahuilah. bahawa anda sebenarnya memiliki berbagai kenikmatan, dan memiliki pundi-pundi kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada diri anda.

5-Jauhilah buruk sangka, lemparkan angan-angan kosong, khayalan-khayalan buruk dan fikiran-fikiran yang kotor.

Tazkirah: Malu sebahagian daripada iman

Aduhai,...
Setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.


Aduhai,... setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!
Related Posts with Thumbnails