Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Wudhu dengan Botol Spray


Wudhu menggunakan botol spray sangat praktikal ketika musafir, mengerjakan haji atau umrah dan waktu bekalan air terhad. Botol spray size 100ml sangat comel, boleh disimpan dalam beg dan mudah dibawa kemana-mana. Tiada alasan untuk tidak solat kerana tidak dapat berwudhu. :-)

Di bawah ini serba sedikit cara menggunakan spray  untuk mengambil wudhu ditunjukkan oleh Shaikh Hasanayn Kassamali



 Tatacara mengambil wudhu dengan botol spray.

1) Niat ambil wudhu.
2) Spray ke keseluruhan muka sehingga air menitis dari muka, spray sedikit pada tapak tangan dan sapu seluruh muka dengan menggunakan tapak tangan.
3) Spray keseluruhan tangan kanan sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
4) Spray keseluruhan tangan kiri sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
5) Spray air ke ubun kepala dan ratakan.
6) Spray keseluruhan kaki kanan sehingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
7) Spray keseluruhan kaki kiri sehingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
8) Tertib

Nota:
Pastikan botol spray anda bersih dan diisi dengan air mutlak.

Tazkirah: Diet

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa...................................... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Wassalam.

Tazkirah: Cara Mengurus Harta Haram

Cara Mengurus Harta Haram
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Minggu ini, sekali lagi artikel ini ditulis berdasarkan persoalan yang sering dikemukan kepada saya. Kali ini berkenaan cara terbaik untuk bertawbat dan menguruskan harta haram yang telah dimilikinya. Sebagai asas pertama, perlu diingat beberapa dalil seperti sabda Nabi SAW : ertinya " Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik.." ( Riwayat Muslim, 3/85 ).

Justeru, harta haram tidak sekali-sekali boleh digunakan untuk manfaat diri pemiliknya, samada untuk kegunaan pembayarn cukainya, saman keretanya, makanan keluarganya, tambang basnya dan lain-lain untuk kepentingan dirinya. Apatah lagi digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah. Kemungkinan Haji itu dilihat sah berdasarkan rukun dan syaratnya tetapi tidak diterima Allah SWT kerana ia adalah dari hasil yang tidak baik sama sekali.


Sebuah hadith lain pula menyebut ; Ertinya : "Barangsiapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertawbat)" ( Riwayat al-Hakim, sohih menurut al-hakim dan disepakati oleh az-Zahabi ; Albani : Ianya lemah )


Harta haram yang saya maskudkan di sini adalah harta yang dimilki dengan cara yang tidak diiktiraf oleh Shariah. Ia termasuklah wang yang diperolehi dari hasil pinjaman dengan transaksi Riba, harta curi, tipu , judi, pecah amanah, rasuah, hasil perniagaan haram, hasil keuntungan dari jualan barang curi, hasil keuntungan pelaburan haram, hasil wang dari proses perniagaan secara monopoli dan banyak lagi.


Cara Melupus

Syeikh Atiyyah Saqar (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al- Azhar) berkata, : "Wajib melupskan harta yang haram ketika bertawbat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu). ( Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, hlm 2/65)


Persoalannya ; 1) Bagaimana mahu melupuskan harta haram yang di dalam simpanan ? 2) Adakah harus untuk menyedeqahkan harta yang haram ?, sedangkan pemilik harta haram tidak dikira memiliki harta itu menurut pandangan Islam.


Menurut Shariah, jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan tawbat kepada Allah SWT. Bagaimanapun, jika gagal memulangkan semula kepada tuan miliknya, hendaklah ia memulangkannya kepada warisnya, jika gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah (Zad al-Ma'ad, Ibn Qayyim, 4/251).


Demikian juga harta yang terhasil dari riba pinjaman, maka perlulah dipulang semula kepada peminjam yang dikenakan riba itu. Sekiranya harta itu bukan milik perseorangan tetapi milik sekumpulan seperti koperasi sekolah , syarikat atau yayasan; maka cara memulangkannya adalah dengan memasukkan dalam akaun sekolah, yayasan atau syarikat itu; atau cara lain adalah dengan membayarkan bil air sekolah dan syarikat sebanyak jumlah yang dicurinya. Ia secara tidak langsung dikira pemulangan kepada pemilik organisasi. Manakala jika ia dicuri dari tabung masjid atau derma surau, maka ia boleh dipulangkan kepada mana-mana surau dan masjid kerana ia adalah milik umum umat masjid.


Dalil memulangkan harta haram yang diketahui pemiliknya ini datangnya dari Hadith Nabi SAW yang menyebut :-

من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيئ فليتحلل منه اليوم من قبل أن لا يكون دينار ولا درهم , إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمه , وإن لم يكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

Ertinya : Barangsiapa yang menzalimi kehormatan atau apa jua (harta) saudaranya m hendaklah ia meminta halal darinya pada hari ini sehingga jangan tinggal satu dinar atau dirham jua . (jika tidak di hari kiamat ) sekiranya ia punyai amal soleh, maka akan diambillah amal solehnya dengan kadar kezaliman yang dilakukannya, dan kiranya ia taida lagi kebaikan, maka akan dipertanggungkan kejahatan orang (yang dizaliminya itu) pula" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fath Al-bari , 5/121)


Demikian juga dalil hadith :
على اليد ما أخذت حتى تؤديه
Ertinya : "Kewajiban atas tangan (yang mencuri ) apa-apa yang diambilnya , sehinggalah ia memulangkannya" ( Riwayat Al-Baihaqi dan At-Tirmidzi , 3/566 ; Tirmidzi : Hasan Sohih )


Sedeqah Dengan Harta Haram?


Berkenaan isu ketepatan menggunakan lafaz 'sedeqah ' atau men'derma'kan wang haram yang pada hakikatnya tidak dimilikinya itu. Ia sememangnya boleh dipertikaikan sekiranya 'sedeqah' itu bertujuan mendapatkan pahala. Memang benar salah satu syarat bagi mendapatkan pahala bagi harta sedeqah adalah memilikinya dengan sah serta ikhlas niat. Bagaimanapun dalam hal harta haram ini, ia bukan bertujuan mendapat pahala bagi dirinya tetapi hanya memenuhi salah satu syarat tawbat dan melepaskan diri dari memanfaatkan harta haram untuk dirinya . Manakala, pahala dari pengorbanan (derma) pula itu akan diperolehi oleh si pemilik samada ia masih hidup atau telah meninggal.


Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya adalah :- Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejauthan Rom) bahawa Kerajaan Rom akan tewas . Kemduian apabila Rom benar-benar jatuh maka Abu Bakar telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran), apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram perolehan judi itu, Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedeqahkan ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. ( Tafsir At-Tabari, 20/16 ; At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)


Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.


Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin. Demikian pandangan keempat mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )


Hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti ini adalah pelbagai hadith Rasulullah SAW yang diriwayat Abu Daud dengan sanad yang baik, hadith tentang kekalahan Rom tadi, athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

Tazkirah: Cara Rasulullah saw mengelak dan menyembuhkan

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing,gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitumelihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihatorang/barangyang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).

MENGELAPKAN PANDANGAN
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpaalas(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam),banyakmenangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilangcahaya)iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya(bertanyabukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjagamaruah,jujur, dermawan, membaca qur'an, sentiasa dalam wudhuk dan takwa.PERASAAN BENCIPerkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong,dengki,berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaituQiyamullail(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar diwaktusahur (sebelum masuk waktu subuh),! membaca surah Al-Waaqi'ahsebelumtidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagidanpetang.

PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktupagi(selepas subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

LUPA DAN LEMBAB
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahamaniaitusentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala),hatisedih dan fikiran runsing.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahamaniaitukegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanandengansesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihanyangmemberatkan badan.

Petikan dari buku Cara Rasulullah saw mengelak dan menyembuhkanpenyakit
(Disusun Oleh : Imam Ibnu Qaiyim)

Tazkirah: PETUA IMAM SYAFIE

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI = Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH = Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA = Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN- Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tazkirah: SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah

SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah

Doa yang diminta oleh seseorang insan kepada ALLAH SWT hanya akan dimakbulkan samada secara segera atau bertangguh dengan berdasarkan syarat tertentu, antaranya yang utama ialah :

1. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.

2. Menepati adab-adab serta rukun-rukun berdoa.

3. Melakukan kebajikan sebelum dan selepas berdoa.

4. Menyakini kepada ALLAH SWT bahawa setiap doa akan diperkenankan oleh
ALLAh samada secara segera atau bertangguh. (ALLAH SWT itu Maha Adil)

5. Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau untuk melakukan penderhakaan kepada
ALLAh.

6. Bukan berdoa terhadap perkara yang mustahil diperolehi.

7. Hendaklah sentiasa melaksanakan segala tuntutan dan suruhan ALLAH SWT.

8. Sentiasa menjauhi segala maksiat atau tegahan ALLAH SWT.

9. Meyakini kekuasaan serta berdoa penuh ikhlas kepada ALLAH SWT.

10. Berusaha serta berikhtiar selaras dengan apa yang disoakan,
misalnya: seseorang yang memohon supaya dilapangkan rezeki mestilah
berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal semampu mungkin dan berdoa
serta bertawakal tanpa rasa putus asa.

11. Permohonan itu hendaklah dihadapkan dan dituntut daripada ALLAH SWT
semata-mata.

12. Berdoa kearah melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran
Related Posts with Thumbnails